Monday, August 24, 2009

Assalamualaikum wbt serta Salam Sejahtera,

Berikut merupakan latar belakang serta objektif Bakti Siswa Perdana 2009 dengan kerjasama Majlis Kepimpinan Pelajar (MPP) UNITEN diadakan:

LATAR BELAKANG

Aktiviti ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasisiwi UNITEN terhadap kehidupan masyarakat luar bandar seterusnya mendekatkan diri dengan masyarakat setempat secara amnya.

Berasaskan ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin berkerjasama dengan Kelab dan Persatuan di UNITEN dalam menganjurkan program ini. Diharapkan program BAKSIS 09 ini dapat memberi dimensi baru kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam memahami tanggungjawab mereka dan lebih peka terhadap masyarakat sekeliling.


 OBJEKTIF

1. Menyediakan platform kepada siswa/siswi UNITEN bagi menyemai semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan untuk diaplikasikan kelak di masa hadapan melalui pededahan kehidupan dan budaya luar bandar dan peka kepada masyarakat sekeliling melalui perlaksanaan sub-program Baksis Perdana 2009 ini seperti program Motivasi dan LDK peserta bersama anak-anak tempatan dan lain-lain program lagi.

2. Menerapkan nilai-nilai IHSAN didalam usaha membentuk siswa dan siswi yang beketerampilan selaras dengan visi dan misi UNITEN dalam melahirkan graduan-graduan yang holistik. 

3. Membantu dan mempopularkan TNB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang prihatin didalam pembangunan negara tanpa mengira lokasi dan latar belakang seperti melalui perlaksanaan sub-program LDK Tadika Kemas.

4. Memperkenalkan Universiti Tenaga Nasional kepada masyarakat setempat sebagai institusi pengajian tinggi yang menitikberatkan pembangunan negara dari segi pembangunan modal insan yang jitu dan berdaya saing melalui sub-program ceramah TNB dan UNITEN, Motivasi & LDK yang menekankan kemahiran belajar dan kepimpinan dan lain-lain sub-program lagi.


No comments: